Program Pemantapan Pengamal Gapera

Gapera dan Usaha Martabatkan Perubatan Tradisional  Melayu
Pada umumnya telah maklum bahawa Perubatan Tradisional Melayu (PTM) telah diwartakan sebagai salah satu daripada perubatan tradisional dan komplementari yang diiktiraf di Malaysia melalui warta kerajaan bertarikh 27hb Julai 2017. Sehubungan dengan itu juga melalui satu lagi perisytiharan warta pada tarikh yang sama telah menetapkan badan pengamal yang diiktiraf adalah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (Gapera). Ini adalah satu kejayaan yang amat bermakna bagi  seluruh Pengamal Perubatan Tradisional Melayu amnya dan khususnya Gapera. Sebahagian besar mungkin masih bertanya-tanya apakah peranan Gapera sebelum Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) ini dikuatkuasakan, seumpama tiada apa-apa aktiviti dan peranan yang dijalankan oleh pihak Gapera khususnya kepada pembangunan pengamal dan amalan Perubatan Tradisional Melayu ini. Pada hakikatnya anggapan itu adalah amat jauh tersasar sekali, penumpuan pada ketika sebelum Akta 775 dikuatkuasa adalah lebih kepada kerja-kerja teknikal bagi membolehkan Perubatan Tradisional Melayu ini diiktiraf dan diwartakan secara perundangan, ini adalah perkara yang paling utama pada Gapera ketika itu. Kerja-kerja ini dilakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Gapera yang boleh dikatakan mengadakan pertemuan dan bengkel hampir setiap 2 minggu sekali untuk diperkemas dan dibentangkan agar Perubatan Tradisional Melayu secara keseluruhan dapat diiktiraf sepenuhnya, bukannya bersifat modaliti dan bidangan amalan yang terpisah dan terasing. Gapera memperjuangkan Perubatan Tradisional Melayu sebagai satu sistem perubatan dan bukannya satu-satu juzuk amalan sahaja. Akhirnya pada 27hb Julai 2017, sejarah baru dalam era ini telah tercatat sekali lagi dalam Tamadun Bangsa Melayu, di mana Perubatan Tradisional Melayu telah diwartakan sebagai salah satu perubatan tradisional dan komplementari yang diiktiraf oleh pihak kerajaan Malaysia.

Dikesempatan ini pihak Gapera merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Teknikal Gapera yang telah bertungkus lumus, bekerja siang dan malam, menyumbang sumber kewangan dan kemudahan bagi membolehkan Perubatan Tradisional Melayu berada pada tahap sekarang ini. Begitu juga kepada semua badan gabungan Gapera dan pengamal yang telah menyumbang pelbagai bentuk sumbangan untuk bersama-sama dengan Gapera menyempurnakan tanggungjawab ini. Antara program yang benar-benar memberi kesan kepada kejayaan ini salah satunya ialah Program Swa-Kawal Gapera dan Program Pemantapan Pengamal Gapera (3PG), kerana melalui analisa data lapangan inilah beberapa pembuktian secara analitikal berkaitan pengamal di lapangan yang telah menjurus kepada pengiktirafan Perubatan Tradisional Melayu sebagai sistem perubatan bukannya bersifat modaliti yang terasing. Gapera merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Swa-Kawal dan 3PG atas kesudian anda semua bersama-sama dalam program ini walaupun dipandang agak sinis pada masa ia dijalankan suatu ketika dahulu, namun bagi kami, anda semua adalah sebahagian wira yang berada di belakang tabir atas kejayaan hari ini. Tidak lupa juga kepada semua peserta SEDANA 2017, walaupun program ini agak sederhana dan tidak semeriah program-program yang hebat dan besar, namun melalui resolusi SEDANA 2017 telah membuka mata pihak berwajib kepada betapa pentingnya pembangunan berstruktur Perubatan Tradisional Melayu, yang mana ianya bakal dijadikan sebagai input utama dalam program TN50 oleh pihak kerajaan dan agensi yang terlibat.

Gapera dan Pasca Akta 775
Setelah mencapai satu kejayaan yang besar bagi perjuangan memertabatkan Perubatan Tradisional Melayu (PTM), kini tibalah masanya untuk Gapera menumpukan kepada pengisian kepada pengiktirafan ini secara menyeluruh, sesuai dengan slogan utama Gapera iaitu “Tradisional kepada Profesional

Bagi tujuan ini pihak Akademi Gapera dengan kerjasama rakan pintarnya, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) akan menganjurkan satu program khas  sebagaimana berikut :

PROGRAM KHAS BERSAMA GAPERA, BADAN PENGAMAL YANG DIIKTIRAF OLEH MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI PADA 17hb NOV 2017.

SESI PAGI – SEMINAR MELAHIRKAN PENGAMAL PROFESIONAL DARIPADA TRADISIONAL

ATURCARA
8:00PG : Pendaftaran Peserta
8:30PG : Ucapan Aluan & Bacaan Doa
8:45PG : Sesi 1-Komitmen Gapera
10:00PG : Minum pagi
10:15PG : Sesi 2-Amalan Perubatan Tradisional Melayu (PTM) berasaskan pembuktian.
11:30PG : Sesi 3-Pentingnya Skim Insurans Liabiliti Professional kepada Pengamal
12:00TGH : Sesi soal jawab
12:30TGH : Rehat / Solat Jumaat

YURAN PROGRAM SESI PAGI – Hanya RM50/pengamal untuk Pengamal yang telah melalui Program Swa-Kawal, 3PG dan Sedana2017 manakala RM100/pengamal bagi pengamal-pengamal lain.

SESI PETANG-TAKLIMAT AKTA PT&K 2016 (AKTA 775) – TERBUKA DAN PERCUMA KEPADA SEMUA PENGAMAL PT&K

ATURCARA
2:30PTG : Taklimat Akta (PT&K 775) 2016 dari K.K.M
4:00PTG : Sesi Soal Jawab
4:30PTG : Bersurai

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNG URUSETIA PROGRAM DI TALIAN 017-8866787(PN. AS) ATAU MANA-MANA BADAN GABUNGAN GAPERA.