Gapera

Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia(GAPERA) telah ditubuhkan pada 30hb Mac 2011 menggantikan Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS). Tujuan utama GAPERA ditubuhkan adalah merupakan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) untuk membantu pihak kementerian di dalam menaiktarafkan Perubatan Tradisional Melayu.

GAPERA terdiri badan-badan Pertubuhan/Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. GAPERA merupakan Badan Induk yang di lantik untuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bersangkutan hal-hal menaiktarafkan dan mengawal selia Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang diamalkan di Malaysia (sila rujuk http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=39, senarai 8 Badan Pengamal yang di lantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

GAPERA berfungsi mempertingkatkan, memperkembangkan dan memajukan Pengetahuan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu tentang rawatan yang seiring dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013(Akta 756).

Slaid1

Fungsi Gapera

  • Membantu dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi bukan kerajaan dan agensi kerajaaan untuk memperkembangkan Formulasi Polisi Kebangsaan berhubung dengan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu sebagai salah satu komponen Komplementari Terapi.
  • Mendapatkan pengiktirafan daripada Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari(BKTK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memastikan amalan Perubatan Tradisional Melayu yang di tawarkan oleh Pengamal selamat dan efektif serta mengawal selia keseluruhan aktiviti pengamal agar mematuhi segala undang-undang dan peraturan semasa.

 

Penggerak Utama
Gapera secara dinamiknya di terajui oleh Pengamal Perubatan Tradisional Melayu(PTM) yang berpengalaman dan mempunyai iltizam yang cukup tinggi ke arah memartabatkan warisan Perubatan Tradisional Melayu melalui slogan utama nya iaitu “Tradisional kepada Profesional”. Berikut adalah barisan Majlis Tertinggi Gapera :-

Slaid8

Badan Gabungan Gapera
Sebagaimana semua maklum bahawa Gapera adalah merupakan sebuah gabungan pertubuhan/persatuan, di mana ianya hanya di benarkan mengambil keahlian yang terdiri daripada persatuan/pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sahaja. Oleh yang demikian terdapat 8 badan pertubuhan/persatuan yang telah menjadi ahli kepada Gapera yang di kenali sebagai BADAN GABUNGAN GAPERA sebagaimana senarai di bawah :-

Slaid9