SEDANA PTM2017

SENARIO SEMASA
Terdapat seramai 4975 orang pengamal Perubatan Tradisional Melayu di seluruh negara di rekodkan pada tahun 2014, namun begitu berdasarkan kepada senario semasa dianggarkan keseluruhan pengamal yang aktif di seluruh negara adalah melebihi 6000 orang[1]. Sehingga November 2016, pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang berdaftar dengan Gapera adalah berjumlah 1963 orang, 93% daripada mereka tidak mempunyai pendidikan yang formal yang diiktiraf oleh pihak berwajib dan lingkungan usia mereka yang berdaftar ini adalah berada diantara umur 25 hingga 45 tahun[2].

Berdasarkan kepada statistik diatas adalah menjadi satu keperluan khusus untuk mengumpulkan semua Pengamal Perubatan Tradisional Melayu di dalam satu wadah dan wacana keilmuan bagi memartabatkan warisan ini ke persada arus perdana. Kerja ini adalah bukannya satu kerja yang mudah memandangkan Perubatan Tradisional Melayu telah ditinggalkan penelitian pengkajian ilmiah semenjak beberapa dekad yang lalu, sehinggakan seumpama telah kehilangan kekuatannya yang tersendiri.

Pemfaktor utama kepada pemasalahan ini adalah kerana ketiadaan institusi pendidikan/kemahiran yang menawarkan kursus berasaskan Modaliti Perubatan Tradisional Melayu(PTM) pada masa ini, samada di peringkat kerajaan mahupun pihak swasta. Situasi ini di burukkan lagi dengan ketiadaan piawaian pendidikan atau latihan kemahiran bagi Modaliti Perubatan Tradisional Melayu, jika ada sekalipun ianya hanya berada pada tahap kesejahteraan bukannya mengandungi pengetahuan yang membawa kepada tahap terapuetik.

Namun begitu, jika di selungsuri sejarah ketamadunan Perubatan Tradisional Melayu (PTM), ianya telah mencapai tahap kegemilangan yang begitu cemerlang, bukan sekadar dari sudut falsafahnya malah merangkumi sudut teori-teori asas serta aplikasi modaliti yang berasaskan penyakit(diseases) mahupun yang bersifat dianogsis bersistem[3]. Antara Modaliti yang berorentasikan di amalkan turun temurun seperti Perbidanan Melayu, Rawatan Kayap, Rawatan Barah, Rawatan Resdung dan lain-lain lagi. Modaliti yang berasaskan kepada analisa  bersistem bagi pengamal-pengamal PTM pula amat terkenal dengan sistem tubuh yang di wakili oleh 4 unsur utama iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Melalui analisa sistem 4 unsur ini Pengamal PTM berupaya mengenalpasti faktor dan punca penyakit secara bertertib dan berkesinambungan sehingga dapat menghubungkaitkan bahan-bahan semulajadi seperti herba, nutrisi dan sebagainya untuk di jadikan ubat atau bahan rawatan secara khusus[4].

Oleh yang demikian, GAPERA dengan komitmen penuh Akademi Gapera akan terus beriltizam dan intizam untuk berusaha dan mengembeling tenaga ke arah mengenalpasti, mengumpul, mengstruktur dan mendokumentasikan intipati Perubatan Tradisional Melayu (PTM) agar manafaat yang telah sekian lama di nikmati dari sudut kesihatan dan kehidupan seharian tidak hilang begitu sahaja malah pada hakikatnya bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam menangani masalah kesihatan orang awam yang semakin hari semakin meruncing dan kompleks.

Daripada senario inilah bermula tindakan awalan melalui penganjuran SEMINAR PERDANA PEMERKASAAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU 2017(SEDANA PTM2017).

MATLAMAT SEDANA 2017
Mewujudkan pentas WACANA ILMIAH serta perkongsian sumber kepada semua Penyelidik, Pengamal, Ahli Akademik dan Industri Perubatan Tradisional Melayu (PTM) bagi mewujudkan perkhidmatan berasaskan Perubatan Tradisional Melayu(PTM) yang berkredibiliti, efektif, ilmiah dan selamat.

OBJEKTIF SEDANA 2017

  • Menghimpunkan para penyelidik, pengamal, ahli akademik dan industri bagi berkongsi penemuan/dapatan dan pengalaman melalui pembentangan khusus untuk diambil manafaatnya awalannya oleh para peserta.
  • Mengenalpasti dan memperkenalkan para pakar lapangan  dalam bidang pengkhususan Perubatan Tradisional Melayu(PTM) melalui penganugerahan Tokoh Pakar Perubatan Tradisional Melayu.
  • Mempamerkan inovasi aplikasi serta penemuan baru yang sistematik hasil usaha secara berkesinambungan oleh badan-badan gabungan Gapera melalui pameran inovasi dan aplikasi berasaskan Modaliti Perubatan Tradisional Melayu(PTM).
  • Menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas kepada Penyelidik/Pakar yang telah menyumbang kepada perkembangan Perubatan Tradisional Melayu(PTM), Sijil Badan Gabungan kepada 8 badan gabungan yang bernaung di bawah  Gapera bagi sesi 2017/2020 dan juga Sijil Kompetensi Gapera kepada semua Pengamal PTM yang telah melalui Program Penilaian Pengamal Gapera semenjak tahun 2015-2106 termasuklah Program Swa-Kawal Gapera dan 3PG.
  • Menyampaikan maklumat terkini kepada semua Pengamal PTM samada yang telah mendaftar dengan mana-mana Badan Gabungan Gapera ataupun masih belum mendaftar berkaitan dengan situasi dan tanggungjawab semasa sebagai Pengamal PTM berpandukan kepada perundangan semasa.

PENGANJUR PROGRAM
Program ini adalah inisiatif Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia melalui Akademi GAPERA dan Badan Gabungan GAPERA dengan kerjasama Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS).

PENGISIAN PROGRAM
Terdapat 3 pengisian utama program SEDANA PTM2017 ini iaitu Seminar Perdana Permerkasaan Perubatan Tradisional Melayu(PTM), Majlis Penganugerahan Gapera dan Pameran Badan Gabungan Gapera(termasuk penerbitan ilmiah dan poster).

SASARAN PENYERTAAN PROGRAM
Terbuka kepada semua Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari khususnya Modaliti Perubatan Tradisional Melayu.

TARIKH DAN LOKASI PROGRAM
Program ini akan berlansung selama 2 hari sebagaimana berikut :-

Tarikh : 25-26hb Febuari 2017
Lokasi : Auditorium Utama, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS), Selangor

TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama(25hb Febuari 2017)
08.00 pagi – Pendaftaran Peserta
08.30 pagi – Ucapan Pembukaan Majlis
08.40 pagi – Doa Pembukaan
08.45 pagi – Ucapan Perasmian Pembukaan oleh YDP Gapera
09.15 pagi – Pembentangan Ilmiah Pertama
10.45 pagi – Rehat/Minum
11.00 pagi – Pembentangan Ilmiah Kedua
01.00 tgh  – Rehat/Solat Zuhur/Pameran
02.00 ptg – Pembentangan Ilmiah Ketiga
04.00 ptg – Rehat/Minum
04.15 ptg – Kesimpulan Seminar Perdana
05.00 ptg – Solat Asar/Pameran/Pendaftaran Pengamal
05.30 ptg – “Rehersal” Penyampaian Sijil
06.00 ptg – Bersurai

Hari Kedua(26hb Febuari 2017)
08.30 pagi – Ketibaan Peserta dan Pameran
09.00 pagi – Ketibaan Jemputan Kehormat
09.00 pagi – Ketibaan Perasmi SEDANA PTM2017
09.30 pagi – Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
09.40 pagi – Bacaan Doa
09.50 pagi – Ucapan Wakil CUCMS
10.00 pagi – Ucaptama YDP Gapera
10.30 pagi – Ucapan Perasmian Penutup
11.00 pagi – Majlis Penganugerahan Gapera
12.00 tgh – Majlis Menandatangani MOU antara Akademi Gapera dan CUCMS
12.15 tgh – Majlis Penyampaian Cenderahati pada Jemputan Kehormat.
12.20 tgh – Sesi Fotografi bersama Jemputan Kehormat
12.45 tgh – Sesi Sidang Media
01.00 tgh – Jamuan Makan Tengahari
01.30 tgh – Majlis Bersurai/Solat Zuhur.
*tertakluk kepada perubahan

PEMBENTANG SEMINAR
Program SEDANA PTM2017 pada tahun ini bakal mengetengahkan 4 orang pembentang yang mana mereka ini telah terlibat secara lansung dengan perkembangan Perubatan Tradisional Melayu dan merupakan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang mewakili pelbagai bidang pengkhususan utama masing-masing iaitu :-

  1. Tuan Nornizam bin Ngadeni, (BMSC, CUCMS & PAKA), Jawatankuasa Pusat Gapera, Timbalan Pengerusi 1 PABM dan Pengamal PT&K . (Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu)
  2. Dr. Abdul Ghani bin Hussain, (MBChB, Cairo University), Perunding Utama/Pengamal PT&K, Herbawalk Langkawi. (Pengenalan Amalan Herba dalam Perubatan Melayu)
  3. Prof. Madya Dr Arieff Salleh bin Haji Rosman (PhD Fiqh & Usul Fiqh, UIA) Dekan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengamal PT&K, Ahli Majlis Fatwa Negeri Johor, Penasihat Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Panel Penasihat JAKIM dan Panel Pakar Rujuk Syariah IPKIM. (Gagasan Baru Perubatan “Alam Melayu”)

PAMERAN 8 BADAN GABUNGAN GAPERA
SEDANA PTM2017 buat julung-julung kalinya bakal mempamerkan hasil penyelidikan lapangan 10 tahun terkini oleh Badan Gabungan Gapera bersama-sama dengan para penyelidik tempatan merangkumi aspek pengkajian Manuskrip Perubatan Melayu, Penerbitan Bahan Ilmiah, Protaip Formulasi Herba Melayu, Teknik Terapi dan juga Kajian Impak Sosial Terhadap Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan Rawatan Perubatan melalui Perubatan Melayu. Inilah peluang terbuka buat semua warga Pengamal Perubatan Tradsional Melayu(PTM) hadir dan melihat dengan jelas perkembangan terkini serta prospek masa depan bidang tinggalan warisan nenek moyang kita melalui wadah baru tanpa meninggalkan unsur tradisi yang diwarisi berkurun lamanya.

YURAN PROGRAM
Terdapat 4 Kategori Penyertaan dibuka bagi Program SEDANA PTM2017 ini :-

  • RM100/Pengamal – Pengamal yang telah melalui Program Swa-Kawal Gapera.
  • RM150/Pengamal – Pengamal yang telah melalui Program 3PG.
  • RM450/Pengamal – Pengamal yang berdaftar dengan mana-mana Badan Gabungan Gapera.
  • RM550/Pengamal – Pengamal PTM yang belum berdaftar dengan mana-mana Badan Gabungan Gapera.

PUSAT MAKLUMAT
Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi wakil-wakil Urusetia SEDANA PTM2017 bagi tujuan perdaftaran ataupun penerangan lanjut sebagaimana di bawah :-
Cik Fazreen Shahzlyn : 012-2359787 atau hubungi Talian Sahabat Pengamal di bawah :-

__________________________________

Sumber :

[1]Statistik Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia(2013-2014) oleh Pasukan Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)
[2]Pengkalan Data Induk Pengamal Gapera yang dikemaskini pada 1hb Ogos 2016.
[3] Harun Mat Piah. 2006, kitab Tib : Ilmu Perubatan Melayu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
[4] Wan Ahmad Ibn Muhammad Zayn/Wan Affendi bin Mohd Shafri. 2015, Kitab Perubatan Melayu, Khazanah Fathaniyah dan Klasika Media